BERENANG-RENANG DAHULU,BERAKIT-RAKIT KEMUDIAN,BERSENANG-SENANG DAHULU,BERSUSAH-SUSAH KEMUDIAN,mungkin kata-kata diatas kasar sedikit,tapi itulah yang sesuai kepada orang yang mahu berjaya dalam mlm,tapi tidak mahu mengkaji pelan pemasaran syarikat tersebut.
sebenarnya saya rasa terpanggil nak cerita sedikit apa yang saya lalui 2-3 hari ni..
baru-baru ni saya pergi jumpa isteri saya di prasekolah,tujuan saya pergi prasekolah tu untuk hantar ubat gigi amal,dalam masa tu ada seorang guru yang sedang bersembang dengan isteri saya,jadi dah terlanjur sampai bertegur sapa la..jadi macam biasa lah..saya kalau dah jumpa orang mula la nak taja,bila tanya jadi ahli lum?dah jawabnya..saya kata syukur..dalam kami dok sembang terbukalah cerita si cikgu ni..dia kate sebelum ni saya ada masuk syarikat mlm-,dalam sedang cerita wajah cikgu ni nampak sedih je..saya tanya dia berapa cikgu dapat bonus pertama,tujuh ribu katanya,saya kata banyak nye..
saya - sapa taja cikgu?
cikgu- cikgu sebelah meja saya je..
saya - apa tujuan cikgu masuk syarikat ni?
cikgu- mahu menjana pendapatan.
saya - modal cikgu untuk jalankan bisnes ni berapa?
cikgu- tidak susah hanya buat laon bank sahaja..
saya - jadi apa yang cikgu dapat sekarang ?
cikgu- barang yang di janjikan la..dan bonus bulan pertama RM7000
saya - bulan-bulan berapa cikgu kena bayar laon bank?
cikgu - RM300.00 lebih la jugak,tapi cikgu rasa macam tak seronok la sebab barang yang dapat dari syarikat tu tak habis jual lagi..
saya - mana penaja cikgu?dia buat apa sekarang ni..?
cikgu - ada camtu la..
saya - saya terus diam tidak berkata apa,tapi hati kecil saya berkata salah datang dari diri sendiri sebab tak tengok betul-betul syarikat tu.
Rumusan yang dapat saya buat tentang crite cikgu ni, dia nak jana pendapatan selain makan gaji kat sekolah..masalahnya dia tak kaji dulu pelan pemasaran.Dia cuma nampak ribu-ribu juta-juta je dalam kepala. Kata isteri saya, dia memang frust tahap gile sebab dah 2 bulan duit bonus tak masuk sbb takde downline pastu kena tanggung loan bank. Yang paling menyedihkan lagi dia dah tak bertegur sapa ngan cikgu(upline) die sampai skang..putus sudah ukhwah antara depa sbb mlm yang takde teras syariah ni. Semoga dia tak cepat putus asa dan semakin berani berjuang dalam hidup.Amin