.

"Sekiranya Mereka Tahu
Khasiat Herba Kita,Nescaya Mereka
Sanggup Menukarkannya Walaupun
Dengan"Ketulan-Ketulan Emas"

-tuan hj ismail bin hj ahmad-

AYUH KITA BERUKHWAH

@ahli hpa

Ahli HPA

Senarai barang dalam Kit Niaga.(Terdapat cawangan, hpa halal mart, stokis HPA hanya RM30.00)

1. 1. Fail Kit Niaga.
2. 2. Borang Permohonan.
3. 3. Kad Kuasa sementara. (Kad Eksklusif akan diterima dalam 2 minggu)
4. 4. Pelan Pemasaran.
5. 5. Senarai harga produk.(kini terdapat 261 produk pelbagai jenis)
6. 6. Senarai Cawangan, Pusat Jualan dan Stokis.
7. 7. Sijil-sijil.

Keistimewaan menjadi ahli HPA:

1. Yuran keahlian RM30.00 (Tiga Puluh Ringgit Malaysia sahaja) seumur hidup. (Kit Niaga)
2. Kit ini boleh dibeli melalui pengedar-pengedar HPA,Cawangan HPA, Stokis HPA.
3. Katalog berjilid.
4. Perniagaan ini boleh diwarisi.
5. Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
6. Diskaun harga untuk semua produk dari 20% – 25%.
7. Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
8. Pelan pemasaran yang begitu mudah adil dan sukses.
9. Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
10. Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA.
11. Dapat bersama-sama merpertingkatkan ekonomi Muslim.

sebarang masalah sms : 0164411527(SHAHRIL)

Jumaat, 31 Julai 2009

JOM KE PBC DI KOMPLEKS TBG HAJI KK

Assalamualaikum..
Dijemput kepada ahli HPA yang masih bergelar PB untuk menghadiri kursus PBC bg merealisasikan cita-cita kita ' MENGUASAI PASARAN GLOBAL'..Sila datang ke Cawangan HPA yang terdekat dengan anda untuk membuat pendaftaran.
PRODUK BARU YANG BERKUALITI-HALAL LAGI BAIK

Aiskrim Vanila & Kopi Radix Ripple


Aiskrim perisa "Vanila & Roselle Radix Ripple dan Vanila & Koko Radix Ripple

Selasa, 28 Julai 2009

WAJAH BARU KOPI RADIX HPA




PEK PAPAN BARU....Kopi Radix yang terkenal dengan iklannya 'Mai Secawan...' dalam TV3 dan TV9 merupakan minuman tenaga khasiat 7 herba. Perkataan Radix diambil dari bahasa botani yang membawa maksud akar kayu yang memberi tenaga. Salah satu daripada 7 herba ini ialah Akar Tongkat Ali. Ada 2 jenis Tongkat Ali. Pertama Tongkat Ali Puteh atau dalam bahasa botaninya Eurycoma Longifolia dan satu lagi Tongkat Ali Hitam atau dalam bahasa botaninya Polyalthiya Bolata. HPA menggunakan Tongkat Ali yang telah mendapat paten antarabangsa iaitu Eurycoma Longifolia.
Menurut kajian MARDI, Eurycoma Longifolia yang boleh digunakan untuk tujuan kesihatan ialah Pokok Tongkat Ali yang berumur 7 tahun keatas. Tetapi HPA menggunakan pokok Tongkat Ali Puteh yang berumur lebih 20 tahun. Warnanya kekuningan yang menggambarkan ianya benar-benar matang. Pokok Tongkat Ali yang berumur 20 tahun keatas ini akarnya menjunam hingga kelapisan tanah yang ke 4. Lapisan tanah keempat dikawasan iklim khatulistiwa, lebih-lebih lagi dari jenis tanah Siri Choping di Perlis ianya sangatlah subur dimana pelbagai jenis mineral semulajadi terdapat didalamnya. Antaranya Kalsiam dan Magnesiam selain Zinkam dan Fosforus.

Kalsiam semulajadi dari Akar Tongkat Ali ini kadar serapannya jauh lebih tinggi berbanding kalsiam dari susu lembu dari berbagai jenama. Ini disebabkan susu mengandungi laktos yang memerlukan enzim laktase untuk melarutkannya. Jika tubuh kita kurang atau tiada enzim laktase ketika kita mengambil susu, maka zat kalsiam tidak dapat diserapkan kedalam tubuh kita. Malah susu itu akan menjadi masam, maka berlakulah proses asidosis dimana tubuh akan mengambil kalsiam dari tulang dan gigi. Sedangkan kalsiam tumbuhan khususnya dari akar Tongkat Ali ini bersifat alkali. Oleh itu jika kita menjadikan Kopi Radix ini sebagai amalan, insyaAllah tubuh kita mendapat bekalan kalsiam semulajadi yang bersifat alkali dimana penyerapannya kedalam tubuh menjadi mudah.

Akar Tongkat yang HPA gunakan ini juga bersifat Afrodisiak iaitu rangsangan tenaga seksual. Pada tahun 2003 Menteri Kesihatan ketika itu Datuk Chua Joo Ming ada membuat kenyataan bahawa kebaikan Tongkat Ali berbanding dengan Ginseng ialah 7 kali ganda sumber tenaga segera. Ini telah menggugat pasaran Ginseng di Malaysia malah negara jiran iaitu Singapore telah mengharamkan kemasukan Tongkat Ali ke negaranya. Sebab itu tidak hairanlah kemaraan Radix kini cuba disekat oleh pelbagai pihak. Antaranya isu daun ketum, isu kopi tiruan, isu masalah buah pinggang, isu 'syer dengan orang Cina... dan sebagainya lagi.

Secara umumnya ada 3 kekuatan Kopi Radix

1. Sumber Tenaga Segera.

2. Menguatkan Daya Ingatan kerana ianya bersifat kardiotonik
3. Melihara Organ Reproduksi.




.......Sumber blog Sobhihpa



KOPI DIET


Kopi diet untuk pesakit kencing manis memang pahit. Disamping itu ia juga menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Sebenarnya kopi diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kencing manis, gout , darah tinggi , gastrik dan obesiti. Mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu di minum untuk mengekalkan kesihatan.

Kopi diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dan ia juga boleh digunakan untuk masalah impotensi. Kopi diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitannya dan jangan sekali-kali memasukkan gula kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi diet.

Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang bekerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan. InsyaAllah.

....Sumber blog Pentadbiran Zon Selatan
Dicatat oleh ck di 22:57

menaja di laut selepas konvek 09

MENAJA DI LAUT SELEPAS PERGI KE KONVEK 09
Pada minggu ini, ramai yang menceritakan ttg kehebatan Konvek 2009 yang diadakan di Dewan MAEPS Serdang Selangor dimana pada hari yang indah itu beberapa orang ahli-ahli dan leader HPA mendapat penganugerahan .Saya kagum dengan ucapan Tuan Hj ismail yang bersungguh-sungguh dalam merealisasikan visi dan misi HPA .kata-katanya penuh semangat menjadikan diri kami bermotivasi tinggi untuk menggempur perjuangan yang masih lagi jauh...InsyaAllah

Dalam blog saya kali ini, saya nak cerita sedikit ttg aktiviti kami selepas konvek pada keesokan harinya....lihat gambar di bawah ini......



Kawasan tajaan.....berhadapan Pulau Pangkor.




kelihatan Kaki Pancing yang sedang menunggu dgn penuh sabar



PJ Shahril sdg menanti prospek yang akan ditajanya....





Kawasan Tambak yang belum siap....yang akan dijadikan Pulau baru iaitu Marina Island berhadapan Pulau Pangkor...



PJ Irwan Bergambar dengan Prospek....tersenyum puas...



goreng pon sodap..
Peserta PBC akan datang ,,he,,he..... 15&16 Ogos 2009 di Hotel Seri Malaysia Taiping
Dicatat oleh Mohd Irwan Azahari bin Tahir di 7:06 PM 0 ulasan
Thursday, July 23, 2009

Khamis, 16 Julai 2009


Pada bulan April 2009 yg lalu, sebuah lagi stokis baru telah wujud bagi memperkembangkan perniagaan HPA di kawasan Tambun.Menurut pemilik stokis tersebut iaitu Ustazah Hazlinda, wujudnya stokis ini adalah untuk memberi perkhidmatan kepada semua ahli HPA di kawasan itu yang mana sebelum ini mereka terpaksa mendapatkan barangan HPA di Cawangan Ipoh yang amat jauh daripada kediaman mereka.



PJ Mohd Irwan (tengah) dan PJ Ustaz Yusfee (kiri) bergambar kenangan bersama Stokis Tambun Emas iaitu Ustazah Hazlinda dan suaminya iaitu Ustaz Ahmad Ramzi.

Jika sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli HPA @ mendapatkan Produk HPA bolehlah terus menghubungi beliau dialamat ( NO 15 HALA PERPADUAN SELATAN 10 TAMAN TAMBUN EMAS 31150 ULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN . ATAU HUBUNGI 017-5898374 @013-4015281 (USTAZAH HAZLINDA @ USTAZ RAMZI )

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Isnin, 13 Julai 2009

13 Julai 2009
DELEGASI KPU TEROKA DAN GEMPUR BRUNEI DARUSSALAM
Delegasi Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah mengadakan lawatan awal dalam usaha meluaskan perniagaan HPA di negara Brunei Darussalam. Brunei merupakan salah sebuah negara Islam yang terkaya di dunia. Sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di sana menjanjikan syiar Islam terus terpelihara dan berkembang maju. Hampir 100% penduduknya beragama Islam.



Pemimpin KPU mengintai peluang HPA di Negara Brunei Darussalam



Atas dasar tanggungjawab bersama memikul amanah Allah SWT dan menunaikan tuntutan fardu kifayah, maka PJS Syed Ageel, PJS Syed Salahuddin, PJ Ustaz Mohd Nazri Abu Zarin (dari Darul Quran), PJ Sharifah Noorol Hayat (dari Terengganu) dan PJ Ustaz Yusof telah mengorak langkah meneroka dan mengintai peluang di negara tersebut.

Akhirnya delegasi ini berjaya juga mengadakan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) pada 08 JULAI 2009 yang lalu di Bandar Seri Begawan. Seramai 20 peserta telah hadir. Walau pun kehadiran peserta tidak ramai, namun ia merupakan momentum awal bahawa HPA pastinya akan terus bergegar dengan kehadiran para pemimpin yang mempunyai semangat juang yang tinggi.


Para PJS KPU bergambar kenangan dengan peserta PBC



Lawatan dan PBC awal ini merupakan pemangkin ke arah pemantapan PBC seterusnya yang akan diadakan pada bulan Ogos ini. Dijangka pada Ogos ini beberapa PJS dari KPU akan hadir. Antaranya PJS Ismail Othman, PJS Mohd Nadzri Ahmad dan PJS Sharifah Sulaiman.


PJS KPU bersama pemimpin dan penggerak HPA di Brunei



Semoga lawatan awal ini akan membuahkan hasil berganda, ditunjangi dengan gandingan mantap bagi memastikan HPA sentiasa berada di persada antara bangsa dalam merealisasikan perjuangan memartabatkan produk halalan toyyiba.


Ends...
Read more... Posted by HJ. ISMAIL OTHMAN at 22:55

Rabu, 8 Julai 2009




Jelas kelihatan kalimah Allah pada permukaan air kopi Radix di dalam cawan. Sungguh besar kuasa Allah SWT. Menakjubkan!
"Sesungguhnya Kami kembalikan ke dalam neraka Jahannam nanti ramai daripada golongan manusia dan jin, mereka punya hati tetapi tidak faham dengannya, punya telinga tetapi tidak mendengar dengannya, punya mata tetapi tidak melihat dengannya. Mereka seperti binatang ternak bahkan lebih hina" ( Al-A'raf : 179 )

Seharusnya kita memandang dengan mata hati, nescaya kita akan nampak apa yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.Dalam kekemelutan munculnya Kopi Master Radix..mungkin apa yang terjadi ini ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui..

RENUNGAN SEJENAK

Something Good 2 Share


7 perkara ganjil

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan
mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut
berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan
keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata,
"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah
melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran
aku merasa sangat insaf ata perbuatanku yang sangat keji itu dan
ingin sekali bertaubat."

1 " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya
menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada
waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat.
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan
Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan
mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi
membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli
ibadah tersebut.

2 Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah
mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad.
Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah
mereka telahpun bertukar menjadi b*bi. Mengapa begitu halnya, wahai
tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah
golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu
hidupnya.Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali
dihisab. Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang
lain,"

3 Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga
yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa
sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat
perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak
daripada perutnya itu. " Mereka itulah golongan yang gemar memakan
harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

4 " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi
batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan
guru?"Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia
yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya
Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang
menderhakai ibubapanya."

5 " Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga
membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari
tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah
golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka
suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur
sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah
bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3
hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli
ibadah tersebut.

6 " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya
lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula
kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air
hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang
memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

7 " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya
sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian
halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah
golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya
sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan
kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun
sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita
datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan
dipertanggungjawabkan
atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.
> > > Wallahua'lam..


MENJANA EKONOMI BERSAMA HPA..

*KEAHLIAN RM30.00 SEUMUR HIDUP-BOLEH DIWARISI

*DAPAT KIT NIAGA HPA(ASAS PENGETAHUAN SYARIKAT & PLAN PEMASARAN

*DAPATKAN TAKLIMAT LENGKAP TENTANG SYARIKAT,PRODUK,PLAN PEMASARAN DAN KURSUS BINA USAHAWAN HPA MELALUI PENAJA ANDA

*SEGERA KE STOKIS DAN CAWANGAN TERDEKAT UNTUK MENDAPATKAN PRODUK,MAKLUMAT KURSUS DAN LAIN-LAIN.


kenapa perlu bersama HPA

*PERJUANGAN -tunaikan fardhu kifayah

*PERSAUDARAAN -sesama umat islam sedunia

*PERNIAGAAN - sunnah nabi & para sahabat

*PERAWATAN - untuk jadi manusia terbaik & sihat

*PENDAPATAN - untuk tunai rukun islam & kebajikan

JANGAN MENCELA ORANG LAIN

firman Allah bermaksud:

''...dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) boleh jadi puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka.''

-al hujurat;11

Islam melihat asas utama masyarakat hendaklah dibangunkan atas asas ketinggian budi dan nilai susila yang murni. setiap anggota masyarakat mempunyai kehormatan diri yang tidak boleh disentuh dan diganggu gugat oleh sesiapa, kerana ia adalah kehormatan yang harus dijaga semua orang dan setiap orang harus berasakan ia milik bersama.

kita janganlah menghina atau merendah-rendahkan golongan lain, sama ada lelaki mahupun perempuan kerana mungkin mereka lebih baik dari kita dan sangat tinggi kedudukannya di sisi Allah.

Memang dalam kehidupan ini sering kita lihat orang kaya menghina si miskin, yang kuasa menghina yang lemah,yang pintar menghina yang bodoh, kadang-kadang yang mempunyai anak menghina yang mandul, yang cantik menghina yang buruk begitulah seterusnya

Keistimewaan sebenarnya terletak pada hati yang ikhlas dan ketulusan jiwa itu dalam melakukan amalan semata-mata kerana Allah,bukan untuk menonjolkan diri dan kemewahan hidup dan lain-lain ukuran duniawi yang digunapakai oleh manusia

Mudah-mudahan sebagai hamba yang beriman kepada Allah dan KitabNya,kita dapat mengelakkan diri dari sifat yang buruk ini.

LAKARAN IMPIAN

Setiap hari yang mengiringi malam... Simpanlah kegelisahan itu jauh2 Biarlah bagaimana dunia menyakitimu Tetaplah kamu mengimpikan impian yang indah Selamat sejahtera untuk kamu
Janganlah seorangpun menganggap engkau RENDAH kerana engkau muda.Jadilah teladan kepada orang lain dalam perkataanmu,tingkahlakumu,kasihmu dan kesetiaanmu. Salah satu cara untuk menyintai sesuatu adalah dengan menyedari bahawa sesuatu itu akan hilang suatu masa nanti.

MUSAFIR

MUSAFIR..
Wahai Musafir pembawa kabilah Dagang..
Di Atas Jalan Inilah..
Ada Khabar Orang Dahulu
Yang Punya Harta Berjuta
Kesemuanya Di infakkan
Dan Allah Membeli Dagangan Mereka
Tanpa Ada Satu Pun Yang Sisa

Wahai Musafir Pembawa Risalah Dagang
Di Atas Jalan Inilah
Ada Berita Yang Menakutkan
Kehancuran Dating Beriringan
Sesudah Munculnya Ketamakan..

Dan Kini..
Teruskan Perjalananmu
Dan Pilihlah Simpang Mana Yang Kau mahu

nukilan th.hj ismail..

Inilah Jalan Kita

kita sebenarnya memilih jalan ini

kerana kita sangat pasti
jalan kita ..
jalan kebenaran
jalan kita ...
jalan perjuangan
bukan hanya bicara laba untuk dunia
yang lebih penting
sebuah persiapan kesana...

persinggahan ini cuma sebentar
mungkin lebih pendek dari sehela nafas
tapi perjalanan sangat panjang
kerana penghujungnya juga tidak kelihatan

tersisih dari golongan kita
mereka yang ingin mencipta diatas hasil yang segera
sudah pasti sama sahaja
liku,lurah dan gunung
perlu dahulu di laluinya....

jika kita berhenti
pastikan untuk sekadar sahaja
hilang lelah..teruskan
miskipun kaki luka dan berdarah.

Inilah jalan kita..
yang menuntut seribu kekuatan dijiwa
jangan biarkan lemah menguasai diri
bangunlah berdiri dengue berani
sekali kita rebah
seribu tahun kita akan terus berlari.

nukilan :Tn Hj Ismail b. Ahmad

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails