.

"Sekiranya Mereka Tahu
Khasiat Herba Kita,Nescaya Mereka
Sanggup Menukarkannya Walaupun
Dengan"Ketulan-Ketulan Emas"

-tuan hj ismail bin hj ahmad-

AYUH KITA BERUKHWAH

@ahli hpa

Ahli HPA

Senarai barang dalam Kit Niaga.(Terdapat cawangan, hpa halal mart, stokis HPA hanya RM30.00)

1. 1. Fail Kit Niaga.
2. 2. Borang Permohonan.
3. 3. Kad Kuasa sementara. (Kad Eksklusif akan diterima dalam 2 minggu)
4. 4. Pelan Pemasaran.
5. 5. Senarai harga produk.(kini terdapat 261 produk pelbagai jenis)
6. 6. Senarai Cawangan, Pusat Jualan dan Stokis.
7. 7. Sijil-sijil.

Keistimewaan menjadi ahli HPA:

1. Yuran keahlian RM30.00 (Tiga Puluh Ringgit Malaysia sahaja) seumur hidup. (Kit Niaga)
2. Kit ini boleh dibeli melalui pengedar-pengedar HPA,Cawangan HPA, Stokis HPA.
3. Katalog berjilid.
4. Perniagaan ini boleh diwarisi.
5. Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
6. Diskaun harga untuk semua produk dari 20% – 25%.
7. Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
8. Pelan pemasaran yang begitu mudah adil dan sukses.
9. Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
10. Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA.
11. Dapat bersama-sama merpertingkatkan ekonomi Muslim.

sebarang masalah sms : 0164411527(SHAHRIL)

Ahad, 31 Januari 2010

PBC KOMPLEKS TABUNG HAJI K.KINABALU

ALHAMDULILLAH...Pembukaan pbc awal tahun ini pada 30-31Januari 2010 di k.kinabalu dengan kehadiran yang semakin menggalakkan dan peserta seramai 51 orang menunjukkan semangat GEMPUR SABAH!! INSYAALLAH




BEGITU TEKUN PARA PESERTA PBC



GEMPUR RADIX!!! INSYAALLAH..


WAJAH PEMIMPIN YANG SETIA


PJS ANUAR..


DOA AGAR KEBERKATAN DALAM HPA


DAYUNG SUDAH ADA DITANGAN,SAUH TELAH DINAIKKAN,BELAYARLAH MENEMPUH ARUS PERJUANGAN.SELAMAT BERJUANG SEMUA.


Sabtu, 23 Januari 2010

ALANGKAH SUSAHNYA UNTUK BERLAKU IKHLAS


Ikhlas adalah salah satu daripada sifat-sifat mahmudah yang paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan, para malaikat pun tidak tahu. Yang punya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu apakah amalan seseorang itu diterima atau ditolak oleh Allah. Ada para Sahabat bila mendengar tentang ikhlas itu dari Rasulullah SAW mereka menangis.Mereka merasa tidak selamat. Mereka merasakan tidak mungkin memperolehi sifat ikhlas yang begitu tinggi kedudukan dan nilainya itu.

Oleh kerana susahnya untuk mendapatkan sifat ikhlas itu, Islam tidak membenarkan seseorang itu mengaku dia adalah ikhlas. Siapa yang mengaku dia ikhlas kalaupun sebelum itu dia ikhlas, automatik keikhlasannya terbatal. Kalau begitu, salah sekali selama ini yang berlaku di dalam kehidupan kita, seolah-olah telah menjadi budaya apabila seseorang itu memberi,menolong, membantu dengan berkata:

“Ambillah! Saya ikhlas ni!”

“Saya telah tolong dia dengan ikhlas. Kemudian dia memusuhi saya.”

“Saya hendak tolong awak ini dengan ikhlas! Tapi saya sedih, awak menolaknya.”

“Saya ikhlas hendak bagi sebanyak ini, saya bagilah!”

Di dalam menulis surat selalu ditutup dengan perkataan, “Saya yang ikhlas.”

Orang yang mengaku ikhlas, ertinya dia mengaku orang yang paling baik. Di dalam ajaran Islam, mengaku baik itu adalah satu kesalahan. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi ternafi keikhlasannya. Tiada yang mengetahui seseorang itu ikhlas sekalipun yang punya diri, walaupun malaikat, melainkan Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Oleh itu tiada seorang yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusahalah untuk menjadi orang yang ikhlas. Moga-moga kita ikhlas. Setelah kita berbuat demikian moga-moga setiap amal yang kita buat itu diterima oleh Allah SWT.

APA ERTI IKHLAS?

Erti ikhlas itu ialah murni, bersih. Sesuatu benda itu kalau jenisnya sahaja, tidak bercampur jenis lain, dianggap benda itu bersih, murni, tidak dinodai oleh benda-benda lain. Sebagai contoh, kalau air itu semata-mata air, kalau air itu tercampur sabun, nila atau tepung, air itu tidak khalis. Ertinya air itu tidak murni lagi. Tidak mutlak lagi. Tidak bersih, tidak pure kerana tercampur benda lain yang bukan jenisnya. Ertinya air telah ternoda atau dinodai oleh benda yang lain. Atau ia telah diwarnai oleh benda lain.

Begitulah kita beramal, berusaha dan berjuang seperti bersembahyang,puasa, zakat, naik haji, membaca Al Quran, mengajar, berdakwah, memberi, menolong, motivasi, forum, ceramah dan belajar adalah kerana Allah Taala, kerana suruhan-Nya, kerana perintah-Nya, kerana keredhaan-Nya, kerana arahan-Nya, kerana mentaati-Nya dan patuh kepada-Nya.

Jadi perkara yang kita buat itu, seperti contoh-contoh di atas kerana-Nya adalah satu, tujuannya satu, didorong oleh satu, iaitu Allah SWT. Demi untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Tidak bercampur dengan kerana-kerana yang lain selain kerana Allah Taala. Itulah yang dikatakan orang yang ikhlas, iaitu dia membuat kerja-kerja tadi kerana-Nya murni. Tujuannya bersih. Dorongan dari satu iaitu Allah SWT.

Jika niat atau dorongannya telah tercampur dengan kerana-kerana lain atau ada terselit niat-niat lain di dalam kerana Allah itu, dorongannya bukan satu lagi tapi sudah menjadi dua atau tiga. Misalnya, niat membuat kerja itu dicampur sama kerana riyak, megah, nama, glamour, pangkat, duit, kerana orang minta,kerana takut orang tidak suka, untuk mental exercise, kerana boring di rumah, kerana hendak lari daripada masalah, kerana ingin sokongan atau undi, kerana hendak menguji kemampuan,kerana hendak berlawan, kerana hadiah, kerana piala, kerana kawan. Maka orang itu sudah tidak khalis lagi di dalam kerjakerjanya. Ikhlas sudah tiada, sudah tidak murni, ikhlasnya telah ternoda.

Justeru apa yang dibuat itu ‘kerana Allah’nya telah bercampurdengan kerana-kerana yang lain. Oleh itu ‘kerana Allah’nya sudah tidak bersih atau tidak murni lagi, niatnya telah bersekutu.Niatnya telah syirik, iaitu syirik khafi. Di Akhirat nanti Allah meminta orang itu, “Pergilah minta pahala daripada orang yang awak keranakan itu.” Allah Taala tidak akan membalas kebaikan apa-apa kepada orang itu kerana tujuan dia beramal itu tidak kepada Allah lagi atau tidak sepenuhnya kerana Allah Taala tapi ada kerana yang lain selain Allah Taala.

Untuk berlaku ikhlas di dalam sebarang perbuatan kita amat susah sekali. Terutama kerja-kerja dan amalan yang ada hubung kait dengan kepentingan umum atau dengan orang ramai atau amalan yang terdedah kepada pandangan umum seperti ceramah,dakwah,mengajar,belajar,gotong-royong,membaca Al
Quran di hadapan khalayak, forum, wawancara, memberi hadiah, memberi bantuan di hadapan umum atau di hadapan orang ramai. Lebih-lebih lagi bagi orang yang jarang memikirkan hati, kurang muhasabah hatinya, hatinya dibiar atau terbiar, jarang diambil tahu atau diambil kira, selalunya lebih banyak terjebak kepada tidak ikhlas. Ramai yang nawaitunya tercampur dengan hal-hal huzuzunnafsi, kepentingan atau tujuan diri sama ada disedari atau tidak disedari kerana kurang menyuluh hati.

Adakalanya amalan itu awal-awal lagi nawaitu atau niatnya telah rosak. Ibarat membuat rumah atau bangunan di atas lumpur maka awal-awal lagi rumah atau bangunan itu runtuh di awalnya lagi. Kalau tidak di awalnya, rosak pula di pertengahan jalan. Kadang-kadang di awal-awal dan di pertengahan jalan masih hatinya kerana Allah, tidak bercampur kerana kerana yang lain selain Allah Taala, tapi dia terjebak di hujung atau di akhir perbuatannya.

Di sini saya datangkan contoh bagaimana ia boleh terjadi.

A. Niat rosak di awal lagi.

Katalah kita hendak berdakwah di satu tempat pada hari sekian sekian.Sama ada kita yang membuat program itu,penduduk tempat itu menjemput kita. Hati kecil kita pun berkata:

“Ha! Inilah masanya aku akan popular.”
“Aku akan terkenal!”
“Adalah peluang duit poket!”
“Aku akan hentam puak-puak ini yang menjadi musuh aku selama ini.”
“Barulah mereka tahu siapa aku!”
“Padanlah muka mereka nanti!”

Usaha dakwahnya rosak sama sekali! Di awal-awal lagi sudah tidak ada keikhlasannya. Bukan kerana Allah Taala tapi kerana diri kita sendiri atau kerana tujuan menghentam, tapi kita menggunakan hak-hak Allah sebagai alat. Ini ibarat melukis di atas air atau membangunkan rumah di atas lumpur.

B. Rosak di pertengahan.

Bagaimana pula rosak di tengah-tengah atau di dalam perjalanannya.

Mula-mula memang dibuat kerana Allah. Hati berkata: “Aku wajib menyampaikan seruan Allah itu. Lebih-lebih lagi peluang sudah ada atau sudah terbuka.”

“Aku mesti mengisi program itu. Aku tidak ada apa-apa keuzuran. Kalau aku tidak mengisi program itu nanti Allah marah. Insya-Allah aku akan pergi berdakwah di tempat itu.”

Waktu sedang menyampaikan dakwah dengan petahnya, dengan bahasa yang indah, dalil-dalil dan hujah-hujah yang fasih, orang ramai pun mengangguk-angguk. Begitu ceria muka mereka mendengarnya dan menerima apa yang kita sampaikan menunjukkan ada respon dari orang ramai. Hati kita pun berbunga.

Syaitan pun menghembus-hembuskan ke dalam hati untuk kita lupa dengan Allah. Kita pun terasa luar biasa. Hati kita pun membisikkan kepada kita:

“Hebat aku ni!”
“Boleh tahan juga aku ini.”
“Payah juga orang lain hendak menandingi aku.”

Di pertengahan dia rosak. Rosak di dalam perjalanan. Keikhlasannya tadi telah diungkaikannya semula. Dia telah berkongsi niat di antara Allah dengan dirinya sendiri, syirik khafi.Ibadahnya atau kebaikannya berdakwah itu telah dibatalkan. Ibarat membuat rumah atau bangunan, sedang membinanya belum pun siap lagi telah diruntuhkan semula.

C. Rosak di hujung.

Di awalnya sebelum berdakwah itu niatnya sudah bagus. Dia hendak berdakwah di tempat dan masa sekian-sekian, tujuannya betul kerana Allah. Dia ingin menunaikan tanggungjawab untuk menyampaikan risalah Tuhan kepada umat. Apabila sampai masanya, berhadapan dengan orang ramai, dia pun menyampaikan dakwahnya.

Di waktu itu hatinya masih baik. Belum tergugat lagi. ‘Kerana Allah Taala’nya masih belum terungkai lagi. Tapi dalam perjalanan pulang dari majlis dakwah itu, ada kawan yang sama-sama berada di dalam keretanya pun bercakap:

“Ustaz bercakap tadi sedap betul.”
“Saya tengok orang ramai di majlis itu mengangguk saja tanda memberi respon.”
“Ustaz ni kalau terus-menerus boleh membuat dakwah ini, ustaz akan lebih lagi lincah dan matang.”

Hatinya terus berbunga. Ujub pun datang. Syaitan membisikkan di dalam hatinya bahawa dia orang yang mampu dan berkebolehan. Dia telah lupa kemampuan itu anugerah dari Allah Taala yang Maha Pengurnia. Patut dia malu kepada Tuhan kerana Allah Taala telah memberi dia berkebolehan di dalam
berceramah atau pidato.

Maka terbatal pula ibadahnya. Pahala dakwahnya malam itu telah terkorban. Ibarat membangunkan rumah atau bangunan, siap-siap sahaja rumah itu, ia pun runtuh.

Apa yang kita bawa ini adalah sebagai satu contoh. Kita bolehlah kiaskan kepada usaha-usaha dan kerja-kerja yang lain.

Apakah usaha dan kerja itu kita buat kerana Allah atau kerana kita seratus peratus atau bercampur kerana Allah dengan kerana kita.

Berdasarkan apa yang kita tulis ini, masya-Allah, terasa sungguh oleh kita susahnya untuk menjadi orang yang ikhlas, sedangkan ikhlas itu adalah roh ibadah. Penentu apakah ibadah-ibadah itu tertolak atau diterima.

Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini, kalaupun ada berbuat, sudah tentu payah sekali hendak mengelakkan daripada huzuzunnafsi ini. Iaitu ada tujuan kerana diri. Kalaulah bukan bantuan dan pimpinan-Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan yang kami buat mungkin tertolak semuanya.

Para pembaca, di sinilah rahsianya mengapa kadang-kadang usaha dan perjuangan kita itu tidak berkesan, walaupun usaha sudah dilakukan, respon orang ramai pun ada, tapi kesannya tiada. Orang ramai tidak juga berubah dari dakwah kita itu. Apa yang diucapkan oleh mulut kita tidak sama di hati. Apa yang dicakapkan oleh mulut kita sudah cantik, tidak ada cacat celanya, tapi cacat di hati. Jadi apa yang diucapkan oleh mulut itu hanya jatuh di mulut orang ramai. Orang ramai memuji-muji kita,mengulas-ulas dan memperpanjang-panjangkan ceramah kita.Namun hati tidak berubah apa-apa kerana di sini terhijab bantuan daripada Allah Taala disebabkan niat atau hati kita telah rosak oleh mazmumah riyak dan lain-lain lagi. Di waktu itu sifat-sifat taqwa kita sudah ternafi. Allah Taala tidak akan menolong orang yang tidak bertaqwa.

Oleh itu marilah kita membuat kerja-kerja kebaikan dengan hati yang tunduk, yang tawadhuk, penuh malu kepada Tuhan, rasa takut dan cemas. Takut kalau-kalau amalan kita itu ditolak oleh Allah Taala. Firman Allah:

Maksudnya: “Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku, Aku titiskan ia dalam hati hamba-hamba-Ku yang Aku kasihi.” (Hadis Qudsi)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di dalam hati kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah kita berhati-hati moga-moga kita selamat.

Ya Allah, berilah kami selalu hidayah dan taufik-Mu agar perjalanan lahir dan batin kami berjalan selari menuju keredhaan-Mu, ya Allah!

Muhammad in Black – Islamic Wallpaper

Muhammad in Black – Islamic Wallpaper

HAITI PASCA GEMPA : KEPERIHATINAN & KESABARAN


Haiti – Allahu Akbar! Haiti pasca gempa mempersaksikan kepada dunia akan hakikat hitam putih kehidupan. Ya, hakikatnya dimana sahaja pun sememangnya ada hitam putih itu. Namun, saat negara baru saja musnah dilanda bencana, maka ia suatu situasi yang benar-benar ‘realiti’ lagi menguji dalaman seseorang samada perbuatannya berpaksikan keikhlasan, kejujuran dan keperihatinan atau berselimutkan kejahatan. Baik anggota penyalamat maupun mangsa gempa, kedua-dua pihak amat memerlukan kepada kesabaran yang tinggi.

Kelihatan hadirnya bantuan dari peribadi-pribadi mulia yang menyalurkan bantuan dan pertolongan dan dalam masa yang sama muncul juga peribadi-peribadi rakus mengambil kesempatan.

Khabarnya sekumpulan doktor yang dikenali sebagai Medecins Sans Frontieres (MSF) atau Doktor Tanpa Sempadan yang berpusat di Perancis bertungkus lamat menyelamatkan ribuan mangsa yang tercedera.

Mereka berkata: “..kami tidak pernah melihat begitu ramai orang mengalami kecederaan serius selain terpaksa melakukan beratus-ratus pembedahan memotong anggota badan. Pesakit-pesakit tiba dengan dibawa menggunakan kereta sorong atau dikendong oleh sejumlah lelaki. Kami bekerja dalam suasana tanpa bekalan elektrik atau rangkaian telefon."

Di sudut pandang yang lain PBB memaparkan beberapa keping gambar yang menunjukan sekumpulan lelaki dan kanak-kanak melihat mayat pencuri yang berdarah selepas dia dipukul oleh beberapa lelaki dengan kayu di Petionville, Port-au-Prince, Haiti. Gambar yang disiarkan itu menunjukkan mayat lelaki tersebut berada dalam keadaan bogel sebelum dibakar.

Lelaki itu dipukul oleh sekumpulan lelaki selepas dia dituduh mencuri semasa penduduk Haiti berada dalam kelaparan untuk mencari makanan selepas banyak kedai dan pasar raya runtuh ekoran gampa bumi yang berlaku pada Selasa lalu.

Demikianlah bila kesabaran telah hilang. Yang mencuri dan yang memukul dan membakar sampai mati semuanya sudah hilang kawalan dan tidak memiliki kesabaran lagi. Situasi ini member pengajaran berguna buat kita semua, tak kira di mana saja.- AFP

Khamis, 21 Januari 2010

Melaka Halal Hub: Pusat Industri Halal Pertama di Malaysia

Alhamdulillah...


HPA kini mengorak langkah seterusnya dalam mengembangkan empayar perniagaannya di negara ini berkat usaha dan ketabahan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada warga HPA dalam memperjuangkan matlamat syarikat ini.

Sehubungan dengan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) telah memberi mandat kepada HPA untuk mengendalikan Melaka Halal Hub (MHH) di Serkam. MHH merupakan pusat industri halal pertama di Malaysia. Usahawan-usahawan yang beroperasi di MHH akan beroperasi mengeluarkan produk halal. Jadi, HPA berperanan sebagai 'anchor' baru akan memberi tunjuk ajar, latihan dan bimbingan secara Islamic Manufacturing Practise (IMP) serta peluang pemasaran dan pekerjaan kepada 20 usahawan yang akan bertanggungjawab dari aspek pengeluaran produk halal kepada HPA.

Kepercayaan PKNM ke atas pengendalian HPA di MHH ini dinilai dari beberapa aspek kecekapan pengurusan, pengukuhan ekonomi syarikat dan peluang atau potensi perkembangan syarikat pada masa akan datang.

Diharap, MHH akan terus maju bersama-sama usahawan-usahawan lain di dalamnya demi kepentingan dan pembangunan insaniah ummah dan keberkatan dalam perniagaan.

Jumaat, 15 Januari 2010

al-kisah dari GM

Sekilas Renungan
Assalamualaikum dan Salam Satu HPA

Ketika GM menulis ini berlakunya Gerhana Matahari, kita amat sekali disarankan solat sunat(ada pendapat mengatakan wajib) dan memohon keampunan dan keredhaan dari Allah swt. Pada hari ini juga GM berkongsi pengalaman dengan seorang sahabat karib dari Perlis mengenai nasib yang menimpa. Adakala GM merasakan suatu kesalan. Namun inilah kisah yang terjadi pada MrH yang mencuba nasib dalam sebuah MLM ternama(yang pasti bukan HPA) setelah di motivasi dengan semangat luar biasa menjadi jutawan luar biasa. Terpengaruh dengan kehebatan syarikat, maka Mr H mengambil keputusan untuk memasarkan Penapis Air(kini sedang ligat dalam iklan tv) seharga RM2ribu perunit. Mr H di asak untuk membeli sejumlah 10 unit dalam satu waktu dengan pelbagai janji. Mr H terpaksa berhutang dengan bank kerana tiada simpanan peribadi. Kini Penapis Air tinggal penapis air. Upline pula meyarankan supaya mencari 6 mangsa untuk membeli sejumlah 10 penapis air. Mr H menyatakan bahawa dia tidak mampu untuk menjual, lantas upline menyergah dengan mengatakan " Dunia MLM jual bukan suatu keutamaan.Cari sebanyak mangsa yang mungkin dan pastikan mereka keluarkan RM 20ribu".
Kini Mr H sedar bahawa dirinya sudah di tipu. Bukan sahaja Mr H yang di goda, malah ramai lagi kakitangan kerajaan, swasta maupun pak tani menjadi mangsa peniagaan MLM konvensional masa kini. Nasi sudah jadi bubur. Pinjaman bank terpaksa di jelaskan. Hakikatnya Mr H merasakan beliau terpedaya. INILAH YANG DIKATAKAN "INVENTORI LOADING" ataupun LAMBAKAN STOK yang dilarang oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalama AKTA JUALAN LANGSUNG 1993.
Apa yang GM kesalkan adalah kenapa hal ini dibiarkan berlaku dan kenapa Umat Islam masih mudah ditipu oleh hasutan fatamugana nafsu untuk cepat kaya. Moga hal ini tidak berlaku dalam HPA.
Wassalam

BERSAMA HPA MARI KITA PEDULI NASIB UMAT ISLAM SELURUH DUNIA!!


Sewaktu melongsori laman web seorang rakan, saya tertarik dengan info yang berikut ini. Bertapa umat islam itu terutamanya yang berdepan dengan ancaman Israel dan Yahudi Laknatullah hanya bergantung 100% kepada semangat dan perjuangan. Apakah yang ada pada kita selain harapan yang kita bena untuk melihat Islam itu dijulang tinggi melangkaui tembok kemanusian yang sering mengurung kita di dalam penindasan.

BERSAMA HPA KITA AMBIL PEDULI.

Dari segi persenjataan, Israel berada di tangga ke-4 selepas AS, China & Britain.
Untuk Perang Gaza, AS membantu Israel dengan 60,000 tan senjata.
Pejuang HAMAS berjumlah 15,000 orang. Askar Israel 130,000 dan askar simpanannya 400,000 orang.
HAMAS membina roket daripada bahan-bahan buangan. Badan roket daripada bekas tiang elektrik. Kabelnya daripada kabel di rumah-rumah. Bahan bakarnya daripada gula.
Israel mendakwa memusnahkan hampir semua terowong (200 buah). Hakikatnya Gaza mempunyai 800 terowong dan 200 terowong yang rosak itu akan dibaiki dalam tempoh 3 bulan sahaja.
Dalam Perang Gaza, HAMAS melancarkan 900 roket ke Israel, iaitu hanya 1 % daripada keseluruhan roket HAMAS.

MARI KITA PEDULI NASIB UMAT ISLAM SELURUH DUNIA!

Selasa, 5 Januari 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI DI HOTEL DEPALMA SHAH ALAM


Kuliah Perubatan Jawi bersama Pengarah Urusan akan diadakan pada 7 hb Januari 2010 hari Khamis jam 8 malam di Ballroom Hotel De Palma Shah Alam.

Alamat penuh hotel:
HOTEL DEPALMA SHAH ALAM
Jalan Nelayan 19/15,
Seksyen 19, Shah Alam.
Tel: 03-55428080

RENUNGAN SEJENAK

Something Good 2 Share


7 perkara ganjil

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan
mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut
berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan
keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata,
"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah
melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran
aku merasa sangat insaf ata perbuatanku yang sangat keji itu dan
ingin sekali bertaubat."

1 " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya
menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada
waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat.
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan
Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan
mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi
membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli
ibadah tersebut.

2 Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah
mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad.
Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah
mereka telahpun bertukar menjadi b*bi. Mengapa begitu halnya, wahai
tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah
golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu
hidupnya.Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali
dihisab. Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang
lain,"

3 Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga
yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa
sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat
perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak
daripada perutnya itu. " Mereka itulah golongan yang gemar memakan
harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

4 " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi
batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan
guru?"Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia
yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya
Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang
menderhakai ibubapanya."

5 " Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga
membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari
tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah
golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka
suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur
sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah
bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3
hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli
ibadah tersebut.

6 " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya
lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula
kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air
hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang
memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

7 " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya
sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian
halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah
golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya
sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan
kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun
sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita
datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan
dipertanggungjawabkan
atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.
> > > Wallahua'lam..


MENJANA EKONOMI BERSAMA HPA..

*KEAHLIAN RM30.00 SEUMUR HIDUP-BOLEH DIWARISI

*DAPAT KIT NIAGA HPA(ASAS PENGETAHUAN SYARIKAT & PLAN PEMASARAN

*DAPATKAN TAKLIMAT LENGKAP TENTANG SYARIKAT,PRODUK,PLAN PEMASARAN DAN KURSUS BINA USAHAWAN HPA MELALUI PENAJA ANDA

*SEGERA KE STOKIS DAN CAWANGAN TERDEKAT UNTUK MENDAPATKAN PRODUK,MAKLUMAT KURSUS DAN LAIN-LAIN.


kenapa perlu bersama HPA

*PERJUANGAN -tunaikan fardhu kifayah

*PERSAUDARAAN -sesama umat islam sedunia

*PERNIAGAAN - sunnah nabi & para sahabat

*PERAWATAN - untuk jadi manusia terbaik & sihat

*PENDAPATAN - untuk tunai rukun islam & kebajikan

JANGAN MENCELA ORANG LAIN

firman Allah bermaksud:

''...dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) boleh jadi puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka.''

-al hujurat;11

Islam melihat asas utama masyarakat hendaklah dibangunkan atas asas ketinggian budi dan nilai susila yang murni. setiap anggota masyarakat mempunyai kehormatan diri yang tidak boleh disentuh dan diganggu gugat oleh sesiapa, kerana ia adalah kehormatan yang harus dijaga semua orang dan setiap orang harus berasakan ia milik bersama.

kita janganlah menghina atau merendah-rendahkan golongan lain, sama ada lelaki mahupun perempuan kerana mungkin mereka lebih baik dari kita dan sangat tinggi kedudukannya di sisi Allah.

Memang dalam kehidupan ini sering kita lihat orang kaya menghina si miskin, yang kuasa menghina yang lemah,yang pintar menghina yang bodoh, kadang-kadang yang mempunyai anak menghina yang mandul, yang cantik menghina yang buruk begitulah seterusnya

Keistimewaan sebenarnya terletak pada hati yang ikhlas dan ketulusan jiwa itu dalam melakukan amalan semata-mata kerana Allah,bukan untuk menonjolkan diri dan kemewahan hidup dan lain-lain ukuran duniawi yang digunapakai oleh manusia

Mudah-mudahan sebagai hamba yang beriman kepada Allah dan KitabNya,kita dapat mengelakkan diri dari sifat yang buruk ini.

LAKARAN IMPIAN

Setiap hari yang mengiringi malam... Simpanlah kegelisahan itu jauh2 Biarlah bagaimana dunia menyakitimu Tetaplah kamu mengimpikan impian yang indah Selamat sejahtera untuk kamu
Janganlah seorangpun menganggap engkau RENDAH kerana engkau muda.Jadilah teladan kepada orang lain dalam perkataanmu,tingkahlakumu,kasihmu dan kesetiaanmu. Salah satu cara untuk menyintai sesuatu adalah dengan menyedari bahawa sesuatu itu akan hilang suatu masa nanti.

MUSAFIR

MUSAFIR..
Wahai Musafir pembawa kabilah Dagang..
Di Atas Jalan Inilah..
Ada Khabar Orang Dahulu
Yang Punya Harta Berjuta
Kesemuanya Di infakkan
Dan Allah Membeli Dagangan Mereka
Tanpa Ada Satu Pun Yang Sisa

Wahai Musafir Pembawa Risalah Dagang
Di Atas Jalan Inilah
Ada Berita Yang Menakutkan
Kehancuran Dating Beriringan
Sesudah Munculnya Ketamakan..

Dan Kini..
Teruskan Perjalananmu
Dan Pilihlah Simpang Mana Yang Kau mahu

nukilan th.hj ismail..

Inilah Jalan Kita

kita sebenarnya memilih jalan ini

kerana kita sangat pasti
jalan kita ..
jalan kebenaran
jalan kita ...
jalan perjuangan
bukan hanya bicara laba untuk dunia
yang lebih penting
sebuah persiapan kesana...

persinggahan ini cuma sebentar
mungkin lebih pendek dari sehela nafas
tapi perjalanan sangat panjang
kerana penghujungnya juga tidak kelihatan

tersisih dari golongan kita
mereka yang ingin mencipta diatas hasil yang segera
sudah pasti sama sahaja
liku,lurah dan gunung
perlu dahulu di laluinya....

jika kita berhenti
pastikan untuk sekadar sahaja
hilang lelah..teruskan
miskipun kaki luka dan berdarah.

Inilah jalan kita..
yang menuntut seribu kekuatan dijiwa
jangan biarkan lemah menguasai diri
bangunlah berdiri dengue berani
sekali kita rebah
seribu tahun kita akan terus berlari.

nukilan :Tn Hj Ismail b. Ahmad

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails